Ahad, 13 Oktober 2013

Lubuk Batu

Assalamualaikum Wrt...

Kepada semua pembaca dan pelawat mudahan semua sihat lah ye..
Hari ni saya nak post tentang satu lubuk ni..kebetulan masih saya simpan gambarnya,jadi suka untuk saya berkongsi bersama pembaca.
Untuk yang lain-lain gambar akan cuba saya usaha untuk dapatkan..memandangkan cuaca sekarang musim hujan,saya pun tak sempat nak turun ke sungai lagi..hehe.

 
Ini dinamakan Lubuk Batu kerana di sekelilingnya penuh dengan batu-batu dan air sungainya dalam..Walaupun nampak tenang airnya,pernah suatu ketika dahulu seorang pemancing pernah melihat kelibat buaya tembaga.Dari cerita yang saya dengar,pemancing tersebut melihat buaya di bawah batang kayu balak yang tenggelam ke dalam sungai.
Jadi,siapa-siapa yang bertandang ke sini,saya sarankan anda berhati-hati dan jangan terlalu hampir ke tebing sungai.Beringat-ingat sebelum kena..=)

Penghuni-penghuni yang mendiami Lubuk Batu ini selain Sang Bedal,pernah juga udang galah berjaya didaratkan.Selain itu,ikan baung,ikan sebarau,ikan kepah,ikan potak,ikan terbul,ikan toman,ikan haruan bujuk,ikan kaloi dan mungkin ada lagi ikan-ikan lain yang masih belum dikenalpasti.


Gambar di atas ni sungai di sekitar lubuk Batu juga,cuma tempatnya di hadapan sedikit.Pemandangannya cukup cantik kan..tetapi di sini juga saya menemui beberapa tapak kaki Sang Bedal..Dalam pemerhatian saya,mungkin di sini tempat Sang Bedal berjemur.Walaupun ketika saya menjejak kaki di sini ketika air sungai surut,saya tetap berhati-hati..Malang tak berbau kan.

Pernah juga suatu ketika dahulu,saya bersama rakan-rakan mandi di sini..ada juga kisah pelik yang berlaku..Saya dan rakan ke tengah sungai dan berpaut pada kayu balak yang patah..bila kami biarkan kaki kami ke dasar sungai,ada sesuatu yang bergesel dengan kaki,,kulitnya lembut dan panjang tetap sangat besar..dalam hati saya,kalau ular dah lama dia belit kaki kami.
Kami angkat semula kaki ke atas dan biarkan sekali lagi kaki kami cecah ke dasar sungai,perkara yang sama berulang..

Kami pun beredar dari situ,bimbang perkara yang yang tidak diingini berlaku..walaupun masih bingung tentang hal ini,namun ia masih misteri sehingga hari ini dan saya tidak berani lagi untuk mandi di sini setelah mengetahui kewujudan sang Bedal menghuni tempat ini. =)

2 ulasan: