Isnin, 14 Oktober 2013

IKAN KALOI


Ikan kaloi adalah sejenis ikan air tawar. Badannya berbentuk leper dan mendiami sungai yang arusnya tenang.Diet utama ikan ini adalah tumbuhan-tumbuhan di pinggir tebing sungai,lumut dan juga serangga-serangga kecil seperti cengkerik,belalang,pepatung dan juga cacing.

Bagi anda yang ingin menduga ikan ini,anda perlu cari lokasi sungai yang tidak keruh airnya dan tenang airnya.Ikan ini juga sangat suka bersembunyi di bawah-bawah timbunan sampah atau daun-daun kering yang berlonggok akibat dihanyutkan oleh air sungai.Kebiasaannya timbunan sampah/daun ini akan terkumpul pada batang-batang kayu yang jatuh ke dalam sungai atau pada batu-batu.

Anda perlu bersedia bagi menghadapi perlawanan untuk menewaskan ikan kaloi yang bersaiz 2kg dan ke atas.Ikan yang bersaiz ini mudah untuk memutuskan tali pancing anda hanya dengan sekali libasan ekor sahaja.Mungkin anda juga pernah berjaya menewaskan ikan ini namun bagi pengalaman kps,kps nasihatkan anda longgarkan sedikit mesin kekili anda tetapi jangan terlalu longgar.

Ikan kaloi ni jarang sangat menyentuh umpan seperti ikan kecil..Bila sudah menyetuh umpan..jeng3...Anda akan rasai sendiri bila anda berjaya mendaratkan ikan ni.hehehe..Kps pernah juga tewas ketika bertarung dengan ikan ni..ikan berjaya memutuskan tali perambut kps..kps rasa ikan tu dalam lingkungan 3kg ke atas.

Nota KPS : Harap2 anda pun berjaya mendaratkan si ikan kaloi ni. =)  

IKAN LAMPAM



Ikan lampam mempunyai badan yang leper dan pergerakannya amat lincah.Ikan ini jenis hidup berkumpulan dan mempunyai warna yang berkilat pada sisik.

Untuk mendapatkan ikan ini atau untuk memancingnya pada waktu sesuai adalah ketika matahari mula naik dan waktu subuh sewaktu bulan mengambang kerana pada waktu itu ikan ini sedang galak mencari umpan.
Ikan ini jarang-jarang ditemui kerana sifatnya yang suka bersembunyi.

Ada juga pemancing berjaya mendaratkan ikan ini ketika matahari mula terbenam.Walaubagaimanapun,waktu itu mungkin berbeza mengikut cuaca dan lokasi atau keadaan sungai.
Umpan yang sesuai untuk memancing ikan ini adalah umpan sawit.Ada dua jenis umpan sawit yang boleh kita gunakan iaitu umpan sawit racik & umpan sawit peram.

Ahad, 13 Oktober 2013

Menduga Ikan di Sungai Pahang

Assalamualaikum Wrt dan selamat petang kepada semua pembaca yang sudi singgah di sini.
Semoga sihat semua ye =)

Trip kami bulan lepas 29hb September 2013 turun ke Chenor untuk menduga ikan di Sungai Pahang dengan menaiki kereta seramai 4 orang bertolak dalam sekitar jam 11.30 tengah hari.
Kami pergi dengan impian masing-masing,ada yang ingin menduga udang galah,ada juga yang ingin menduga ikan Lampam bersaiz besar,ada yang ingin menduga si ikan baung.

Susah juga nak cari lokasi yang ingin dituju setelah lama tidak bertandang ke situ..masa dibuang hampir setengah jam untuk mencari jalan masuk ke lubuk tersebut..Lama juga mata meliar mencari sebuah rumah usang lama,akhirnya kami temui.Kami sampai lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Bagi kps,ini kali pertama kps ke situ mengikut rakan-rakan.Kebetulan air masih surut dan sesuai untuk memancing ikan.

Setibanya kami di tepi sungai,masing-masing sudah tidak sabar membaling umpan..=) Ptuss..ptuss..ptusss..bunyi batu ladung yang dilempar bersama umpan ke dalam sungai.Kps biasanya membawa dua joran..satu untuk kps memancing ikan-ikan kecil,satu lagi khusus untuk kps menduga ikan yang bersaiz besar. =) Untuk memancing ikan besar,kail juga perlu besar,umpan juga besar serta mesin dan joran anda perlu besar agak tidak tewas di tengah jalan nanti.hehe.Joran untuk memancing ikan besar,kps akan pasang loceng pada hujung joran supaya mudah kps sedar jika ada tarikan ikan pada joran tersebut tatkala leka untuk mencari ikan-ikan kecil.

Sesekali hujung joran bergetar halus,menandakan ada ikan telah mengusik umpan..Kadang-kadang joran ditarik namun tiada ikan yang mengena.Itu biasa bagi seorang pemancing.Memancing sangat memerlukan kesabaran dan ia juga terapi untuk melatih kita bersabar.

Krekkk..tiba-tiba joran salah seorang rakan kps terbang ditarik rakus oleh ikan..Nasib menyebelahinya,joran tersebut tersangkut pada batang buluh yang tumbang ke dalam sungai.Beliau terus menerpa mengambil joran tersebut dan terus cuba untuk menewaskan ikan tersebut tetapi apakan daya,ikan itu berjaya melepaskan diri.Ikan tersebut telah meluruskan mata kail.Bagi kps,itu adalah ikan yang bersaiz besar.Jika ikan bersaiz kecil,masakan mampu untuk meluruskan mata kail.Betul dok?
Macam-macam bermain di minda,ikan apa agaknya? Mungkin ikan patin..mungkin juga ikan baung dan mungkin juga ikan pari sungai.

Setelah kps berhasil mendapat 3 ekor ikan kecil,joran kps tidak disentuh ikan lagi.Kps terus ambil keptusan untuk tukar ke lokasi lain tetapi tidak jauh dari rakan-rakan.Setengah jam kps di situ,tiada juga yang berhasil cuma yang ada hanya ikan pemangsa sesekali menyambar anak-anak ikan di permukaan sungai.

Awan mendung berarak laju,menandakan hujan lebat akan turun..Jangkaan kami tepat,hujan turun dengan lebatnya..Belum sempat kami mengemaskan barang-barang,semuanya sudah habis basah kuyup.Kami bercadang untuk terus pulang ke rumah pada awalnya tetapi memandangkan tiba-tiba cuaca kembali cerah setelah 15 minit bumi dibasahi hujan,kami terus ke Batu Bor untuk menduga ikan di sana pula.

Kami tiba di lokasi dalam sekitar jam 5.45 petang.Di sana,kami memancing dengan jarak yang jauh sedikit.Ada yang memancing di anak sungai..kps juga jauh dari rakan-rakan,umpan kelapa sawit sahaja yang tinggal..Kedebuss...kedebusssss...setelah 5 minit membaling umpan terdengar bunyi ikan pemangsa menyambar.Tetapi kps lihat air sungai masih tenang,tiada kocakan akibat sambaran tersebut.Kedebuss..Kedebussss..bunyi ikan pemangsa menyambar masih kedengaran.Saya terus mengambil tindakan untuk mencari ikan tersebut dengan menggunakan teknik mengilat (Casting ).Kebetulan,umpan-umpan tiruan memang kps sentiasa bawa bersama apabila turun memancing ketika air sungai jernih.


Kps terus memilih gewang Strike Pro berwarna merah putih untuk menduga ikan tersebut.Setelah membuat ikatan pada tali joran,kps terus meninjau mencari lokasi di mana bunyi sambaran ikan pemangsa tadi.Bunyi sambaran sudah tiada lagi,jadi kps ambil keputusan ke tempat di mana airnya laju untuk menduga ikan Sebarau.Ptusssssssss...gewang kps mencecah permukaan air,kps mula karau dengan perlahan melawan arus sungai.Balingan pertama hampir membuahkan hasil,tetapi sambaran tidak mengena pada gewang kerana hanya ikan bersaiz kecil yang menyambar..Setelah lima hingga enam kali membuat balingan,kedebuussss..kedebuss...ikan pemangsa sedang rakus menyambar anak ikan.Kps tidak membuang masa lagi,kps terus membuat balingan gewang ke arah ikan pemangsa tersebut dan akhirnya keceburrrrrrrrrrrrr.....krekkkkkkkk,mesin joran kps berbunyi.Ternyata gewang saya dihentam hebat oleh ikan pemangsa,namun ianya tidak bertahan lama apabila ikan tersebut terus sembunyi di bawah batu menyebabkan tersangkut.dan agak sukar untuk kps tarik ikan keluar dari batu itu.

Terdengar bunyi air akibat sambaran ikan tadi,rakan-rakan kps bergegas datang membantu.Mereka ikhtiar masuk ke dalam sungai untuk cuba mengeluarkan ikan tersebut dan akhirnya berjaya... =)


Kedebussss...kedebusssss...bunyi ikan pemangsa menyambar lagi..tetapi kali ini bunyinya sedikit perlahan,mungkin ikan yang sedikit kecil.Tanpa membuang masa,kps terus melemparkan gewang namun tiada sambaran..Kps masih tidak berputus asa dan akhirnya setelah tiga kali membuat balingan,ternyata rezeki kps gewang disambar ikan pemangsa.Cuma kali ini tarikannya tidak sekuat ikan yang pertama.Alhamdulillah,ikan Sebarau yang kedua kps perolehi.Tetapi,kps tidak sempat untuk bergambar dengan ikan kedua kerana bergegas untuk pulang ke rumah lantaran hari yang sudah makin gelap.

Gambar yang sempat dirakamkan setelah sampai di rumah 

P/S : Jika ada apa yang dicoretkan terguris perasaan,kps mohon maaf cuma ianya sekadar perkongsian.
Jumpa lagi untuk catatan kps akan datang.

Lubuk Batu

Assalamualaikum Wrt...

Kepada semua pembaca dan pelawat mudahan semua sihat lah ye..
Hari ni saya nak post tentang satu lubuk ni..kebetulan masih saya simpan gambarnya,jadi suka untuk saya berkongsi bersama pembaca.
Untuk yang lain-lain gambar akan cuba saya usaha untuk dapatkan..memandangkan cuaca sekarang musim hujan,saya pun tak sempat nak turun ke sungai lagi..hehe.

 
Ini dinamakan Lubuk Batu kerana di sekelilingnya penuh dengan batu-batu dan air sungainya dalam..Walaupun nampak tenang airnya,pernah suatu ketika dahulu seorang pemancing pernah melihat kelibat buaya tembaga.Dari cerita yang saya dengar,pemancing tersebut melihat buaya di bawah batang kayu balak yang tenggelam ke dalam sungai.
Jadi,siapa-siapa yang bertandang ke sini,saya sarankan anda berhati-hati dan jangan terlalu hampir ke tebing sungai.Beringat-ingat sebelum kena..=)

Penghuni-penghuni yang mendiami Lubuk Batu ini selain Sang Bedal,pernah juga udang galah berjaya didaratkan.Selain itu,ikan baung,ikan sebarau,ikan kepah,ikan potak,ikan terbul,ikan toman,ikan haruan bujuk,ikan kaloi dan mungkin ada lagi ikan-ikan lain yang masih belum dikenalpasti.


Gambar di atas ni sungai di sekitar lubuk Batu juga,cuma tempatnya di hadapan sedikit.Pemandangannya cukup cantik kan..tetapi di sini juga saya menemui beberapa tapak kaki Sang Bedal..Dalam pemerhatian saya,mungkin di sini tempat Sang Bedal berjemur.Walaupun ketika saya menjejak kaki di sini ketika air sungai surut,saya tetap berhati-hati..Malang tak berbau kan.

Pernah juga suatu ketika dahulu,saya bersama rakan-rakan mandi di sini..ada juga kisah pelik yang berlaku..Saya dan rakan ke tengah sungai dan berpaut pada kayu balak yang patah..bila kami biarkan kaki kami ke dasar sungai,ada sesuatu yang bergesel dengan kaki,,kulitnya lembut dan panjang tetap sangat besar..dalam hati saya,kalau ular dah lama dia belit kaki kami.
Kami angkat semula kaki ke atas dan biarkan sekali lagi kaki kami cecah ke dasar sungai,perkara yang sama berulang..

Kami pun beredar dari situ,bimbang perkara yang yang tidak diingini berlaku..walaupun masih bingung tentang hal ini,namun ia masih misteri sehingga hari ini dan saya tidak berani lagi untuk mandi di sini setelah mengetahui kewujudan sang Bedal menghuni tempat ini. =)

Sabtu, 12 Oktober 2013

Kaki Pancing Sungai Nerek

Assalamualaikum Wrt

Kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini..Mudahan belaka-belaka sihat ye..keadaan cuaca yang tidak menentu,sekejap hujan sekejap panas..Apapun,harap dapat kita jaga kesihatan yekk..Mungkin ada yang tak tahu,Sungai Nerek ni di mana...hehe..Lupa saya nak bagitahu,Sungai Nerek ni adalah FELDA Sungai Nerek berada di dalam Wilayah Jengka dan ditubuhkan pada tahun 1967.Nak cari Felda Sungai Nerek ni mudah je..kalau dari Bandar Tun Razak,Jengka menghala ke Felda Kampung Awah,tempat kami selepas Felda Jengka 19 dan berhadapan pula dengan susur keluar Plaza Tol Chenor.

Nanti saya post kan tentang sejarah ni di dalam entry lain.Tujuan blog ini saya tubuhkan untuk berkongsi kepada semua pembaca dan penduduk generasi muda Felda Sungai Nerek berkaitan dengan aktiviti memancing dan keadaan sungai sekitar sungai nerek ni..

Mungkin ada yang masih tak berkesempatan turun ke sungai walaupun Sungai Jengka boleh dikatakan berada di sekeliling sungai nerek ni..mulai dari sungai di jambatan kilang kampung awah sehinggalah ke sempadan Felda Jengka 19.

InshaAllah,ada masa nanti saya akan cuba dapatkan gambar-gambar yang menarik di sekitar sungai ini dan saya juga cuba dapatkan gambar di mana-mana aktiviti-aktiviti menuba ikan berleluasa di sungai kita.

Mudahan usaha kita bersama dapat mengekalkan keindahan sungai dan menjaga alam sekitar di sekelilingnya.

Jom kita terjah.