Semoga sihat semua ye =)
Trip kami bulan lepas 29hb September 2013 turun ke Chenor untuk menduga ikan di Sungai Pahang dengan menaiki kereta seramai 4 orang bertolak dalam sekitar jam 11.30 tengah hari.
Kami pergi dengan impian masing-masing,ada yang ingin menduga udang galah,ada juga yang ingin menduga ikan Lampam bersaiz besar,ada yang ingin menduga si ikan baung.
Susah juga nak cari lokasi yang ingin dituju setelah lama tidak bertandang ke situ..masa dibuang hampir setengah jam untuk mencari jalan masuk ke lubuk tersebut..Lama juga mata meliar mencari sebuah rumah usang lama,akhirnya kami temui.Kami sampai lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Bagi kps,ini kali pertama kps ke situ mengikut rakan-rakan.Kebetulan air masih surut dan sesuai untuk memancing ikan.
Setibanya kami di tepi sungai,masing-masing sudah tidak sabar membaling umpan..=) Ptuss..ptuss..ptusss..bunyi batu ladung yang dilempar bersama umpan ke dalam sungai.Kps biasanya membawa dua joran..satu untuk kps memancing ikan-ikan kecil,satu lagi khusus untuk kps menduga ikan yang bersaiz besar. =) Untuk memancing ikan besar,kail juga perlu besar,umpan juga besar serta mesin dan joran anda perlu besar agak tidak tewas di tengah jalan nanti.hehe.Joran untuk memancing ikan besar,kps akan pasang loceng pada hujung joran supaya mudah kps sedar jika ada tarikan ikan pada joran tersebut tatkala leka untuk mencari ikan-ikan kecil.
Sesekali hujung joran bergetar halus,menandakan ada ikan telah mengusik umpan..Kadang-kadang joran ditarik namun tiada ikan yang mengena.Itu biasa bagi seorang pemancing.Memancing sangat memerlukan kesabaran dan ia juga terapi untuk melatih kita bersabar.
Krekkk..tiba-tiba joran salah seorang rakan kps terbang ditarik rakus oleh ikan..Nasib menyebelahinya,joran tersebut tersangkut pada batang buluh yang tumbang ke dalam sungai.Beliau terus menerpa mengambil joran tersebut dan terus cuba untuk menewaskan ikan tersebut tetapi apakan daya,ikan itu berjaya melepaskan diri.Ikan tersebut telah meluruskan mata kail.Bagi kps,itu adalah ikan yang bersaiz besar.Jika ikan bersaiz kecil,masakan mampu untuk meluruskan mata kail.Betul dok?
Macam-macam bermain di minda,ikan apa agaknya? Mungkin ikan patin..mungkin juga ikan baung dan mungkin juga ikan pari sungai.
Setelah kps berhasil mendapat 3 ekor ikan kecil,joran kps tidak disentuh ikan lagi.Kps terus ambil keptusan untuk tukar ke lokasi lain tetapi tidak jauh dari rakan-rakan.Setengah jam kps di situ,tiada juga yang berhasil cuma yang ada hanya ikan pemangsa sesekali menyambar anak-anak ikan di permukaan sungai.
Awan mendung berarak laju,menandakan hujan lebat akan turun..Jangkaan kami tepat,hujan turun dengan lebatnya..Belum sempat kami mengemaskan barang-barang,semuanya sudah habis basah kuyup.Kami bercadang untuk terus pulang ke rumah pada awalnya tetapi memandangkan tiba-tiba cuaca kembali cerah setelah 15 minit bumi dibasahi hujan,kami terus ke Batu Bor untuk menduga ikan di sana pula.
Kami tiba di lokasi dalam sekitar jam 5.45 petang.Di sana,kami memancing dengan jarak yang jauh sedikit.Ada yang memancing di anak sungai..kps juga jauh dari rakan-rakan,umpan kelapa sawit sahaja yang tinggal..Kedebuss...kedebusssss...setelah 5 minit membaling umpan terdengar bunyi ikan pemangsa menyambar.Tetapi kps lihat air sungai masih tenang,tiada kocakan akibat sambaran tersebut.Kedebuss..Kedebussss..bunyi ikan pemangsa menyambar masih kedengaran.Saya terus mengambil tindakan untuk mencari ikan tersebut dengan menggunakan teknik mengilat (Casting ).Kebetulan,umpan-umpan tiruan memang kps sentiasa bawa bersama apabila turun memancing ketika air sungai jernih.
Kps terus memilih gewang Strike Pro berwarna merah putih untuk menduga ikan tersebut.Setelah membuat ikatan pada tali joran,kps terus meninjau mencari lokasi di mana bunyi sambaran ikan pemangsa tadi.Bunyi sambaran sudah tiada lagi,jadi kps ambil keputusan ke tempat di mana airnya laju untuk menduga ikan Sebarau.Ptusssssssss...gewang kps mencecah permukaan air,kps mula karau dengan perlahan melawan arus sungai.Balingan pertama hampir membuahkan hasil,tetapi sambaran tidak mengena pada gewang kerana hanya ikan bersaiz kecil yang menyambar..Setelah lima hingga enam kali membuat balingan,kedebuussss..kedebuss...ikan pemangsa sedang rakus menyambar anak ikan.Kps tidak membuang masa lagi,kps terus membuat balingan gewang ke arah ikan pemangsa tersebut dan akhirnya keceburrrrrrrrrrrrr.....krekkkkkkkk,mesin joran kps berbunyi.Ternyata gewang saya dihentam hebat oleh ikan pemangsa,namun ianya tidak bertahan lama apabila ikan tersebut terus sembunyi di bawah batu menyebabkan tersangkut.dan agak sukar untuk kps tarik ikan keluar dari batu itu.
Terdengar bunyi air akibat sambaran ikan tadi,rakan-rakan kps bergegas datang membantu.Mereka ikhtiar masuk ke dalam sungai untuk cuba mengeluarkan ikan tersebut dan akhirnya berjaya... =)
Kedebussss...kedebusssss...bunyi ikan pemangsa menyambar lagi..tetapi kali ini bunyinya sedikit perlahan,mungkin ikan yang sedikit kecil.Tanpa membuang masa,kps terus melemparkan gewang namun tiada sambaran..Kps masih tidak berputus asa dan akhirnya setelah tiga kali membuat balingan,ternyata rezeki kps gewang disambar ikan pemangsa.Cuma kali ini tarikannya tidak sekuat ikan yang pertama.Alhamdulillah,ikan Sebarau yang kedua kps perolehi.Tetapi,kps tidak sempat untuk bergambar dengan ikan kedua kerana bergegas untuk pulang ke rumah lantaran hari yang sudah makin gelap.
Gambar yang sempat dirakamkan setelah sampai di rumah |
P/S : Jika ada apa yang dicoretkan terguris perasaan,kps mohon maaf cuma ianya sekadar perkongsian.
Jumpa lagi untuk catatan kps akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan