Isnin, 14 Oktober 2013

IKAN LAMPAM



Ikan lampam mempunyai badan yang leper dan pergerakannya amat lincah.Ikan ini jenis hidup berkumpulan dan mempunyai warna yang berkilat pada sisik.

Untuk mendapatkan ikan ini atau untuk memancingnya pada waktu sesuai adalah ketika matahari mula naik dan waktu subuh sewaktu bulan mengambang kerana pada waktu itu ikan ini sedang galak mencari umpan.
Ikan ini jarang-jarang ditemui kerana sifatnya yang suka bersembunyi.

Ada juga pemancing berjaya mendaratkan ikan ini ketika matahari mula terbenam.Walaubagaimanapun,waktu itu mungkin berbeza mengikut cuaca dan lokasi atau keadaan sungai.
Umpan yang sesuai untuk memancing ikan ini adalah umpan sawit.Ada dua jenis umpan sawit yang boleh kita gunakan iaitu umpan sawit racik & umpan sawit peram.

1 ulasan:

  1. Nak share la ckit dgn para pembaca, selain dari sawit umpan buah ara dgn mengkudu juga sesuai untuk lampam

    BalasPadam